nuffnang

Selasa, 7 Julai 2015

SEINDAH SAHABAT

Sahabat,
Alhamdulillah,
Syukur kepada ilahi atas pertemuan kita,
Hampir Sedekad telah kita melakarkan kisah persahabatan,
Persahabatan yang sungguh indah dan mustahil akan ku dilupakan..
 
Sahabat,
Jika persahabat kita adanya harga, tiadanya mampu jutawan dunia membayarnya,
Persahatan yang terukir tidak terhitung nilainya, bagiku persahabatan aset dalam memo ku,

Sahabat,
Terima kasih aku ucapkan,
Kerna mu aku menjadi seorang insan yang bersemangat untuk menimba ilmu, 
sakitku telah kamu rawati,
bahaya ku telah kamu lindungi, gelapku telah kamu terangi,
Susahku telah kamu senangi,

Sahabatku…
Di Luh Mahfuz telah terukir
Perkataan pertemuan dan perpisahan,
Seramai hampir 40 sahabat akan meredah jalan yang berbeza bagi mencipta kehidupan masing2,

Sahabat,
Senjataku hanyalah doa,
Doaku untuk kita bersama kembali,
Sungguh aku merinduimu dan berharap pertemuan akan menjadi milik kita☺.. insyaAllah

Isnin, 18 Mei 2015

NOSTALGIA DIZAMAN TANPA GADGET

Terdapat pelbagai lagi perkara yang hanya popular pada era 90-an dan itu membuatkan kita bangga menjadi kanak-kanak pada era tersebut. Terasa rindu untuk kembali kepada zaman dulu yang tiada internet, tiada telefon pintar, tiada ipad kerana ketiadaan semua gadget inilah yang membuatkan hubungan persahabatan jadi akrab, kanak-kanak ramai bermain di luar pada waktu petang, kurangnya gejala sosial dan juga kanak-kanak tidak lebih matang daripada usia. Berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang ini yang memerlukan pemerhatian ibu bapa lebih lagi kerana mereka terdedah dengan dunia luar yang tiada batasan informasi. Semoga terubat sedikit rindu apabila melihat gambar-gambar yang penulis senaraikan di atas. Kembalikan nostalgia zaman 90-an.

kredit hazwan

Sabtu, 16 Mei 2015

INDAHNYA HIDUP BERSAHABAT

Indah sungguh hidup bersahabat
bermacam ragam
bermacam perangai
ada yang sungguh menggeletek hati
sungguh beruntung memiliki sahabat yang membuatkan kita rasa selesa dan sentiasa tersenyum
melihat telatah dan jenaka 
sudah tentu senyuman terukir pada bibir ini
walau di dalam hati masih terbuku satu perasaan sedih dan pilu
itulah anugerah dalam persahabatan
tidak kisahlah dia itu suka mengepau atau sebagainya
asalkan kehadiran sahabat itu benar benar mengubat kelukaan hati
selama 24 tahun hidup di dunia Allah ini
bermacam jenis manusia yang ditemui
dan dari bermacam jenis itu
telah terpilih manusia yang ditakdirkan untukku bersahabat
syukur kepada Allah
atas kurniaannya ini
dan sesungguhnya sahabat itu adalah kurniaan tuhan dari lambakan nikmat yang tidak terkira banyaknya

kepada yang mengenali diri ini
samada yang dekat atau yang jauh
ketahuilah bahawa diri ini
menghargai persahabatan yang kalian curahkan
semoga tuhan merahmati kalian


kredit hazwan


Selasa, 12 Mei 2015

SEWA KERETA BACHOK

Sewa Kereta Bachok sedia mengambil dan menghantar pelanggan mereka ke sekitar BACHOK dengan percuma. Jika anda datang ke Kelantan melalui laluan udara, SKB  sedia menjemput anda di Lapangan Terbang Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Jika anda seorang pelajar di sekitar BACHOK,SKB adalah pilihan tepat kerana kami sedia menghantar kereta ke tempat anda. Ramai student dari UMK BACHOK menyewa dengan SKB.

Lebih menarik lagi anda boleh berunding harga denga staff SKB untuk harga sewa kereta. Anda juga dapat harga istimewa jika menyewa untuk beberapa hari. Semestinya ianya amat sesuai jika anda mahu sewa kereta untuk balik kampung andai kereta anda tidak sempat untuk service.

SKB juga menitik beratkan soal keselamatan dan keselesaan pelanggan. Kenderaan yang disewakan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan sesuai untuk perjalanan jauh. Keselesaan dan kebersihan  kereta juga menjadi keutamaan SKB sebelum mereka memberi sewa kepada pelanggan.

CALL 01110897970
WHATSAPP 0145077387 

Isnin, 11 Mei 2015

SEWA KERETA BACHOK

saya menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri didalam area bachok... kereta yg selesa untuk perjalanan jauh..

kadar sewa 

viva elite & saga BLM 
1hari = rm100
seminggu = rm600
sebulan = rm1800

call now!! 01110897970  hazwan

Akhir Zaman: Manusia terakhir tinggal di bumi adalah manusia tidak beriman

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kemudian Allah melepaskan angin sejuk yang berhembus dari Syam. Maka tidak ada seorang pun dari manusia yang beriman kecuali dicabut nyawanya sehingga yang tinggal hanya manusia jahat yang tidak mempunyai keimanan. Mereka tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk hingga syaitan muncul dan berkata, "Mengapa kamu tidak memenuhi seruanku saja?" Mereka menjawab, "Apa yang kamu perintahkan kepada kami?" syaitan memerintahkan kepada mereka untuk menyembah berhala. Maka merekapun mengikuti saranan tersebut. Sedangkan, mereka berada dalam kehidupan yang serba kecukupan, kemudian hari kiamat pun datang. "(HR Muslim dan HR Ahmad)

Dari hadis di atas, dapat diketahui sifat sifat orang yang mengalami kiamat, bagaimana Allah memberikan kenikmatan yang melimpah ruah kepada mereka dan orang orang beriman semuanya dimatikan walaupun kadar keimanannya hanya sedikit. Hal tersebut merupakan keagungan rahmat dan anugerah Allah bagi mereka. Dari hadis di atas, juga dapat diketahui tentang kiamat yang menghancurkan langit, bumi, bintang bintang, runtuhnya gunung-gunung, tumpahnya air laut dan sungai serta pelbagai pandangan yang mengerikan yang lain. Selain itu, hadis tersebut menyebutkan bahawa hanya orang orang jahat-orang yang mencampur adukkan keimanan, kekufuran, dan kemusyrikan yang akan mengalami kiamat.